Salam sejahtera para pembaca...
Agak-agak apa topik yang akan saya bincangkan kali ini? Kalian
pernah dengar apa itu cerita rakyat? Mesti pernah kan? Bohonglah kalau saudara
saudari kata tidak tahu apa itu cerita rakyat. Tidak tahu juga? Baiklah, saya
akan terangkan apa itu cerita rakyat.
Cerita rakyat
dapat diertikan sebagai ekspresi budaya suatu masyarakat melalui bahasa tutur
yang berhubungan langsung dengan berbagai aspek budaya dan susunan nilai sosial
masyarakat tersebut. Dahulu, cerita rakyat diwariskan secara turun-temurun dari
satu generasi ke generasi berikutnya secara lisan. Pada umumnya, cerita rakyat
ini mengisahkan tentang kejadian berbagai hal, seperti kejadian alam semesta. Adapun
tokoh-tokoh dalam cerita rakyat biasanya ditampilkan dalam berbagai wujud baik
berupa binatang, manusia mahupun dewa. Tetapi, kesemuanya disifatkan sebagai
manusia. Sebenarnya, cerita rakyat ada beberapa jenis. Namun, yang akan saya
bincangkan hari ini ialah mengenai mitos
dan dongeng. Adakah mitos itu dongeng
atau sebaliknya?
Pada pendapat
saya, mitos itu bukan dongeng. Kenapa? Saya berkata demikian kerana mitos
adalah cerita prosa rakyat yang menceritakan suatu kisah yang berlatar
belakangkan masa lalu. Mitos juga sering diertikan sebagai cerita suatu bangsa
tentang dewa dan pahlawan pada zaman dulu. Ia turut mengandungi pentafsiran
tentang asal-usul alam, manusia dan dan suatu bangsa tersebut.
Biarlah saya
ambil contoh tentang mitos yang terdapat di negeri saya sendiri iaitu Sarawak. Seperti
yang sudah sedia kita maklum, sesetiap bangsa mahupun tempat mempunyai mitos
yang tersendiri. Jika pada tempat tinggal saya, orang tua-tua ada mengatakan
bahawa asal-usul nama daerah Pakan adalah didapati daripada buah. Disebabkan pada
zaman dulu-dulu, ada beberapa orang pemuda yang menemui buah pakan dalam
kuantiti yang sangat banyak semasa mereka sedang berburu. Pada masa itu, daerah
Pakan belum mempunyai nama. Jadi, sempena menemukan buah tersebut, daerah itu
langsung diberi nama daerah Pakan. Kalau saudara saudari pergi ke daerah ini,
anda dapat melihat bahawa simbolik di tempat ini adalah buah pakan. Sehingga kini,
buah pakan masih didapati di tempat saya dan rasanya sangatlah enak.
Manakala,
dongeng pula berbentuk sastera lama yang menceritakan tentang suatu kejadian
luar biasa yang penuh dengan khayalan dan dianggap tidak benar-benar terjadi. Fungsi
dongeng adalah untuk menyampaikan pesan moral atau mendidik dan menghibur. Contohnya,
dongeng mengenai pelanduk dan kura-kura. Semua orang pasti tahukan mengenai
cerita dongeng ini? Pelbagai cerita dongeng yang boleh kita temui pada masa
sekarang.
Jadi,
menurut saya mitos dan dongeng itu sangatlah berbeza. Ia adalah tidak sama. Saudara
saudari boleh mengkaji sendiri kalau saudara saudari tidak puas hati dengan
penjelasan saya di atas. Akhir sekali, saya minta maaf seandainya tulis saya
ini ada menyinggung mana-mana pihak. Sekian.
No comments:
Post a Comment